Thursday, September 6, 2012

5 TIPS MEMBUAT PEMBELI JATUH CINTA PADA RUMAH ANDA

"Rumah Ku, Syurga Ku" ayat yang amat sinonim bila kita memperkatakan tentang sebuah kehidupan keluarga yang bahagia. Namun begitu, dalam konteks penjualan rumah syurga pada pandangan kita berkemungkinan neraka pada pandangan orang lain. Di sini saya senaraikan beberapa Tips berguna bagaimana untuk menjadikan pembeli jatuh cinta pada rumah yang hendak kita jual:-

1. Kurang Itu Menarik
Pembeli akan mudah tertarik pada rumah yang mempunyai susun atur perabot dan hiasan rumah yang minimal, kerana dengan itu mereka dapat mem"visual"kan suasana ruang kediaman mereka nanti bersesuaian dengan citarasa mereka.

2. Jangan Jadikan Ruang Tamu sebagai Tempat Anak2 Bermain
menjadikan ruang tamu rumah anda sebagai ruang bermain bagi anak2 adalah amat tidak di galak kan seandainya anda dalam proses menjual rumah anda. Ini akan menjadikan ruang Tamu (yg mana inilah ruang pertama yg akan menjadi fokus pembeli bila membuat "house viewing") kelihatan bersepah.

3. Menghadang Tingkap atau Pintu dengan Perabot
Perabot yang menghadang tingkap dan pintu akan memberikan ilusi ruang rumah tersebut menjadi sempit dan berkemungkinan menyebabkan bakal pembeli berfikiran bahawa rumah anda agak kecil dari apa yg mereka bayangkan.

4. Menjadikan ruang tidur sebagai ruang bersukan
sekiranya anda seorang yang suka bersukan, pastikan ruangan tidur bukan tempat anda menyimpan alatan sukan anda. Ruangan tidur sepatutnya tempat untuk anda menenangkan minda dan bukan tempat untuk mengeluarkan peluh. Beri tanggapan yang baik pada bakal pembeli anda.

5. Jangan abaikan bilik mandi anda
Kebersihan bilik mandi kadang kala akan menjadi faktor penentu kepada pembeli jadi mengapa ambil risiko?Mulakan misi membersihkan bilik mandi anda sekarang.

No comments:

Post a Comment