Monday, September 10, 2012

TOP 10 TIPS KETIKA MEMBUAT "PROPERTY VIEWING"

Membeli rumah sudah pastinya suatu proses yang memeningkan dan tidak semudah seperti kita memilih barangan runcit di supermarket. 10 Tips di bawah ini mungkin dapat membantu anda untuk mengelak kan diri anda daripada permasalahan di masa depan:-

1. Ketika membuat tinjauan pada rumah yang anda minati, sentiasa ingatkan diri anda bahawa rumah tersebut adalah sebuah bangunan yang memerlukan anda meneliti setiap bentuk kecacatan atau kerosakan yang mungkin wujud.

2. Jangan membeli sesebuah hartanah yang anda tidak lihat secara nyata. Ia melibatkan jumlah wang yang besar dan jangan bazirkannya hanya kerana anda PERCAYA pada seseorang itu.

3. Jika anda mempunyai masa dan hartanah yang anda minat tersebut berada berdekatan, lakukan "property viewing" 3 - 4 kali dalam masa berbeza. Ia akan membantu anda mengetahui keadaan sebenar hartanah tersebut.

4. Lihat struktur bangunan tersebut. Cth: sekiranya ada keretakan kecil walau sebesar helaian rambut, pastikan ia bukan perkara yang perlu anda risaukan.

5. Sekiranya anda mendapati bau pengap bila anda memasuki rumah tersebut, pastikan ia bukan berpunca dari kelembapan yang terhasil daripada kebocoran mana2 saluran air di dalam bangunan tersebut.

6. Bila anda mendapati ada kerosakan pada bangunan tersebut, pastikan anda membuat perbincangan dengan pemilik atau ejen hartanah anda, siapa tahu mungkin pemilik akan membaiki kerosakan tersebut dan anda dapat membincangkan lebih lanjut tawaran harga untuk bangunan yang anda ingini.

7. Luangkan masa 15 - 30 minit melihat persekitaran hartanah tersebut dan sekurang-kurangnya 30 minit lagi untuk melihat kawasan dalaman.

8. Cuba memandu di kawasan sekitaran hartanah pilihan anda bagi memastikan anda tidak menghadapi sebarang permasalahan ketika sudah memiliki hartanah tersebut. Cth: aliran trafik, kawasan parkir, kemudahan awam etc.

9. Melantik Penilai hartanah anda untuk menilai harga hartanah yang bakal anda miliki. Ini bagi memastikan harga yang anda bayar adalah setimpal dengan apa yang anda bakal miliki.

10. Pastikan soalan yang anda ajukan pada pemilik hartanah dapat dijawab dengan lancar kerana ia menandakan tiada apa yang perlu mereka sorokkan dari anda.

Semoga Tips diatas berguna dalam pencarian rumah idaman anda dan mendapat apa yang anda inginkan...InsyALLAH, AMIN

AZRIY PROPERTY
0192788093

No comments:

Post a Comment