Friday, June 8, 2012

MUFLIS DI AWAL USIA


Muflis  di awal usia? sesuatu perkara yang kedegaran agak pelik tetapi perkara ini semakin serius melanda masyarakat kita. Ada tu baru jer kerja tak sampai setahun tapi dah dpt perintah mahkamah sebab tak dapat melangsaikan hutang yang di buat. Mari kita kaji kenapa senario ini terjadi. 
KAJIAN KES 
Gaji RM2, 500/ month (Executive Muda)
~ RM250 sewa bilik share dengan kekawan
~ RM450 bayar bulanan kereta (ikut jenis kereta tapi normally, keta sure nak yg canggih kan..nama pun exec)
~ RM500 makan minum 
~ RM200 bil letrik, air, tel, astro etc...
~ RM300 perbelanjaan sosial (karaoke, movie, jalan2 etc..)
~ RM250 (perbelanjaan peribadi utk penjagaan kulit, rambut badan etc)
~ RM200 beli baju seluar etc..(tak kan nak pakai baju sama jer kan p kerja...)
~ RM100 bayaran PTPTN @ MARA @ yg seumpamanya
~ RM100 bayaran min kad kredit 
BALANCE RM50 (Saving, itupun kalau saving la...kadang2 ada yang sampai -ve balance)
Pelik tapi itulah hakikatnya. Rasanya tak seorg pun yang suka hidup dalam keadaan berhutang tapi perkara2 seperti lifestyle, promosi dari pihak2 tertentu yg mengalakkan Credit over cash, pujian dan pelbagai lagi menyebabkan golongan muda ini mudah tertarik dan akhirnya terperangkap di dalam rat race (buat duit bayar hutang). 
Namun begitu, pada mereka yang sudah terperangkap dalam masalah ini...jalan keluar tetap ada. Syaratnya kena ada disiplin yang tinggi dan jika ada kesempatan saya akan cuba kongsikan di lain masa. 
Buat masa ini, pada adik2 yang baru memulakan karier @ berada dalam zaman kolej dan dapat pinjaman pelajaran tu...gunakan la duit adik2 secara cermat. Jangan kesilapan yang adik mulakan di awal usia akan menyebabkan adik2 hidup susah sepanjang masa. InsyALLAH marilah kita sama2 muhasabah diri dan berikan prioriti di dalam membuat sesuatu keputusan.

No comments:

Post a Comment