Friday, June 1, 2012

NAK JUAL RUMAH TAPI TAK DE ORG NAK BELI


Dilema juga kan bila kita ada rumah, nak jual..TAPI...tak de org nak beli. Sebenarnya, perkara seperti ini bukan lah sesuatu yang pelik dan jarang2 terjadi sebab kadang2 pemilik rumah tidak mengetahui cara yang terbaik dan netowrk yang meluas untuk mempromosikan penjualan rumah tersebut. Ada antara mereka tu, tidak mempunyai masa untuk membawa potensi client melihat rumah yang mereka iklankan kerana kesibukan kerja seharian dan akhirnya rumah tersebut tidak dapat dijual seperti yang diharapkan. 
Disini saya kongsikan sedikit tips apa yang MASIH dapat dilakukan sekiranya rumah yang anda ingin jual tersebut tidak ada org nak beli:- 
1. LETAK HARGA BERPATUTAN IKUT HARGA PASARAN SEMASA
Buat research kat Internet, bank, agent hartanah, berapa harga pasaran semasa rumah anda tersebut. Sekiranya anda meletakkan harga agak tinggi berbanding pasaran pastinya proses jual beli tersebut mungkin tidak akan terjadi. Pembeli sekarang pun sudah bijak dan pastinya mereka akan mengambil kira harga pasaran semasa bila hendak membeli sesuatu hartanah tersebut. Rendahkan sedikit harga jualan anda (sekiranya anda mampu berbuat demikian) dan pastinya akan ada yang berminat untuk membelinya.
2. BUAT SEDIKIT PEMULIHAN 
Adakah anda akan membeli sesuatu yang berkeadaan tidak terurus, rosak dan mengalami macam2 permasalahan? pastinya tidak kan. Begitu juga pada org lain. Kemaskan keadaan rumah anda dan mungkin menukar cat rumah tersebut idea minimal yg dapat anda lakukan tapi memberikan first impression yang baik kepada bakal pembeli anda. Pastikan pembeli anda mendapat aura +ve ketika melangkahkan kaki memasuki rumah anda itu.
3. LANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR 
Cari ejen hartanah yang berdaftar yang anda boleh percayai dan pastinya proses jual beli rumah anda akan jadi lebih mudah. Ini kerana, ejen haratanah pastinya mempunyai network yang besar untuk mempromosikan penjualan tersebut dan anda tidak perlu pening untuk melayan karenah bakal pembeli2 anda.  
4. SEWA
Tidak ada org nak beli, sewakan jer la. sekurang2 nya anda tidak membiarkan rumah tersebut kosong tanpa penghuni. Buat kontrak selama setahun dan siapa tahu dalam tempoh tersebut ada org yang berminat untuk membeli rumah tersebut.
5. SERAH MILIK SEMENTARA
Mungkin tips ini berguna pada mereka yang ingin menjual rumah mereka atas dasar mereka akan berpindah ketempat lain. Kekangan masa kadang2 menyebabkan rumah tersebut tidak dapat dijual dan dari membiarkan bebanan hutang rumah tersebut berterusan, ada baiknya pemilik tersebut mencari alternative dengan menyerahkan rumah mereka untuk diduduki oleh badan2 kebajikan, non-profit organization etc dan membuat kontrak sementara untuk pihak tersebut membuat pembayaran keatas bayaran bulanan rumah anda itu. 
6. TINGGAL JER KAT RUMAH TU
Kalau tidak ada sesuatu yang mendesak, mungkin hasrat untuk menjual rumah tersebut ditangguhkan dulu kerana harga hartanah akan naik dari masa ke semasa. Mungkin tahun ini bukan rezeki anda lagi tapi siapa tahu tahun depan mungkin anda akan mengaut keuntungan belipat kali ganda dari apa yg anda fikirkan. 

No comments:

Post a Comment