Sunday, June 3, 2012

PROPERTY AGENT Vs. PROPERTY OWNER Vs. BUYER

Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah so, nak share sikit pengalaman sebagai ejen hartanah berdaftar cuba untuk memenuhi setiap permintaan owner dan juga buyer. Sebagai ejen, saya cuba melakukan yang terbaik agar kedua2 pihak berpuas hati. Mungkin dari pengalaman saya ini akan dapat memberi manfaat kepada mereka2 yang berminat dalam bidang hartanah.

KES 1

Saya berjumpa dengan owner sebuah rumah leasehold ni melalui kenalan. Dia bercadang menjual rumah persinggahan dia yang cukup cantik ni disebabkan kekangan masa. Pada awal pertemuan, saya dan dia telah membincangkan secara terperinci mengenai bayaran dan juga prosedur2 yang terlibat. Namun begitu, yang menjadi persoalan adalah mengenai harga rumah yang ingin di tawarkan. Ini disebabkan, owner tidak tahu mengenai market price rumah beliau dan memandangkan rumah tersebut adalah fully furnished, beliau beranggapan bahawa itu akan meningkatkan harga rumah tersebut. Namun begitu setelah saya membuat market research, rumah tersebut hanya dapat dijual dengan keuntungan yg agak minimal disebabkan tiada kemudahan asas disekeliling kawasan tersebut, potential buyer hanyalah terdiri dari kalangan golongan2 Elit dan juga beberapa lagi permasaalahan lain yang terlibat. To make it short, akhirnya kata persetujuan telah diperolehi dan satu harga solid telah ditetapkan oleh owner tersebut dan saya telah menyatakan berapa harga yang akan saya iklankan untuk rumah tersebut termasuklah berapa bayaran professional fee saya.
Disinilah timbul kesilapan dimana saya tidak menyatakan secara bertulis pada owner ini tentang perkara2 yang terlibat. Akhirnya setelah saya membawa seorg serious buyer (Pay by CASH), satu kejadian yang agak sedih terjadi. Owner mula tidak setuju dengan professional fee yang dikenakan. Owner inginkan keseluruhan jumlah bayaran (sedangkan pada asalnya bayaran yang ditetapkan telah saya nyatakan secara terang dan telah dipersetujui oleh beliau). Dia meminta saya menuntut bayaran professional saya daripada pihak buyer. Bila difikirkan secara logik, sebagai pembeli tidak mungkin dia akan memenuhi permintaan itu kerana pada hakikatnya saya membuat perjanjian dengan owner rumah tersebut dan bukan buyer. Sekarang saya masih dalam dilema dan moga ALLAH beri petunjuk apa yang perlu saya lakukan. Saya percaya, setiap rezeki itu telah ALLAH tentukan dan sekiranya ini bukan rezeki saya, saya redha. Pengajaran amat bermakna buat diri saya dan juga buat para pembaca (mungkin), setiap perjanjian haruslah dilakukan secara BERTULIS. 


No comments:

Post a Comment